Selasa, 22 Oktober 2013

Hasbiya Allah hu wa nikmal wakil

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,namun kau tahu cintamu tak terbalasAllah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Hasbiya Allah hu wa nikmal wakil

Cukup cintai dalam diambukan kerana membenci hadirnyatetapi menjaga kesuciannyabukan kerana menghindari duniatetapi meraih syurga-NYAbukan kerana lemah untuk menghadapinyatetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhankerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujiankerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangankerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaanMemupuknya hanya akan menambah penderitaanmenumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasanKerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hatitetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.

ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,kelak ada insan yang bakal dilukai,Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,nanti hati yang kecewa sendiri.Sebaliknya,gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasanKerana tiada yang tahu rencana Tuhanmungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkanserahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinyabiarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya

"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."(Umar Bin Khattab ra)

Ya Allah temukanlah kami kepada cinta yang membawa kami kepada cintaMu... Ya Allah jadikanlah kerinduan kepadaMu lebih kami rindui dari yang selainnya.. Ya Allah peliharalah kami dalam kerahmatanMu dan KeampunanMu yang tidak pernah bertepi..amen ya Rabb..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar